Tahun Baharu Cina tahun ini, keluarga kita masih tidak boleh lawat-melawat saudara-mara disebabkan pandemik covid-19. Disebabkan itu, keluarga saya bergiliran untuk makan dengan nenek saya. Hari pertama, keluarga saya dan pakcik sulung makan dengan nenek saya. Hari kedua pula, pakcik kedua dan keluarganya makan dengan nenek saya.
Semasa keluarga saya pergi ke rumah nenek, ibu saya dan saya membantu memasak. Setiap tahun, keluarga saya akan mengukus sayur-sayuran dan daging dengan nasi. Hidangan ini makanan istimewa keluarga saya.

Walaupun makanannya nampak lembik seperti bubur, ia sangat sedap. Untuk menyediakan hidangan ini, kami akan perap daging untuk empat hari, dan mengukus untuk sekitar tiga jam, supaya ia berperisa.
Pada Tahun Baru Cina, keluarga saya akan melawat rumah nenek saya. Kami akan bercakap-cakap dengan nenek saya dan seluruh saudara-mara saya. Tahun Baharu Cina sebelum ini, adik lelaki saya dan saya akan bermain dengan sepupu kami. Tetapi tahun ini, sepupu kami akan melawati nenek pada hari lain. Walaupun tidak boleh sambut perayaan dengan sepupu saya, saya masih sangat gembira kerana tahun ini saya berbual bersama nenek.

March 16, 2022 at 12:37 pm
Keluarga yg rapat dan mesra. Walaupun tidak boleh berkumpul, kita masih boleh melawat orang-orang yg kita sayangi dlm kumpulan kecil.
Terima kasih berkongsi pengalaman ini.
March 16, 2022 at 12:38 pm
Keluarga yg rapat dan mesra. Walaupun tidak boleh berkumpul, kita masih boleh melawat orang-orang yg kita sayangi dlm kumpulan kecil.
Terima kasih berkongsi pengalaman ini.