Press "Enter" to skip to content

Public Lecture Series | Harun Aminurrashid

 

[Public Lecture Series] Harun Aminurrashid: Sasterawan yang Nasionalis
Join speaker Dr Pitchay Gani and moderator Dr Azhar Ibrahim as they discuss about Harun Aminurrashid, the ‘Sasterawan yang Nasionalis’ (The Nationalist Literatus).
This talk will be delivered in Malay.
3 October 2020, Saturday
2.30pm – 4.30 pm
For more info, click here.
***
Abstrak
Harun Aminurrashid sering dikaitkan dengan perjuangan nasionalisme bermula dengan novel Melor Kuala Lumpur (1938) yang cuba menghidupkan kembali kesedaran tentang kemampuan bangsanya. Kelahiran novel Panglima Awang (1957) pula cuba mendedahkan kekuatan jati diri dan naluri nyalarasa semulajadi individu terhadap bangsanya. Namun demikian, novel Simpang Perenang (1966) memerikan nasionalisme yang berbeza kerana tumpuannya lebih kepada keperibadian sebenar bangsanya yang penuh toleransi. Penulisan Harun membantu mengkonsepsualisasikan nasionalis sebenar penulis hari ini mengikut keperluan perjuangannya dan tahap kematangan masyarakat kontemporari. Ia sekaligus melahirkan keperluan menilai semula penulis dan karya nasionalistik. Ceramah ini cuba menjelaskan erti nasionalis yang dibawa oleh Harun dan implikasinya terhadap penulis masa kini.
Tentang Dr Pitchay Gani
Dr Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz dilahirkan di Petempatan Melayu, Jalan Eunos, Singapura pada tahun 1967. Beliau merupakan seorang pendidik, pengkaji, dan penulis. Bidang kajiannya meliputi keberdayaan etnolinguistik, etnosastera, dan penilaian dalam pendidikan. Dalam arena persuratan kreatif beliau berkecimpung dalam penulisan sajak, cerpen dan novel. Sementara dalam penulisan bukan-fiksi pula, beliau merupakan penulis biografi, kritikan dan perkembangan sastera tanahair selain buku-buku bahasa dan linguistik yang dihasilkan. Penerbitan terkini beliau ialah sebuah buku berjudul Falsafah Pengkaryaan Melayu Singapura (2019) yang merakamkan pemikiran tokoh sasterawan Singapura dan juga lanskap sastera Singapura. Beliau juga merupakan kalangan penggerak utama pendokumentasian, penerbitan dan kegiatan persuratan Singapura.
***
Abstract
Harun Aminurrashid’s works often discuss nationalistic struggle. His novel ‘Melor Kuala Lumpur’ (1938) with its rousing nationalistic tone, was his first attempts raising the Malays sense of national pride. In the novel ‘Panglima Awang’ (1957), Harun created a character who overcomes adversity by drawing strength from his sense of patriotism to his people and nation. In ‘Simpang Perenang’ (1966), however, the author offers a different kind of nationalism as the novel focuses on the tolerant and accommodating nature of the Malays. Harun’s writing has been successful in conceptualising the archetypal nationalist, whose struggle and political maturity, still serves as inspiration for today’s writers. His works also give rise to the need to re-evaluate nationalist writers and works. This talk aims to unpack and examine Harun’s ideas of nationalism its implications for contemporary writers.
About Dr Pitchay Gani
Dr Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz was born in Petempatan Melayu, Jalan Eunos, Singapore in the year 1967. He is an educator, researcher and writer. His field of study includes ethnolinguistics, ethno-literature, and the value in education. Dr Pitchay also enjoys writing poems, short stories and novels. He has also written books on language and linguistics, biographies and critical essays on the Singapore’s literary developments. His latest publication ‘Falsafah Pengkaryaan Melayu Singapura (2019)’ documents key ideas and thoughts of Singapore’s leading literary figures as well as provide an overview of Singapore’s literary landscape. He is also one of the main driving forces in documenting and publishing Malay literature in Singapore

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.