LAM 2201

Just another Blog.nus site

Category: Uncategorized (page 1 of 3)

Kenangan Manis

Sekelip mata, 4 tahun telah berlalu begitu sahaja. Banyak kenangan yang telah saya cipta di NUS. Ada yang manis, ada yang pahit, tetapi semuanya menyeronokkan dan saya tidak mahu mengubahnya.
Kenangan termanis yang saya buat di NUS ialah kenangan bersama rakan-rakan universiti saya.

Pada tahun satu dan dua, saya menyertai Persatuan Ekonomi NUS dan merancang pelbagai acara untuk pelajar Ekonomi. Seronok dapat berinteraksi dengan pelajar di kampus dan menganjurkan acara ini bersama rakan-rakan saya.

Semasa cuti, saya berpeluang melancong ke Filipina untuk program sukarelawan di luar negara. Ia membuka mata saya kepada dunia.

Pada cuti yang sama, saya mengambil bahagian dalam beberapa kem orientasi untuk mengalu-alukan pelajar baharu yang akan menyertai NUS. Orientasinya juga sangat menarik dan saya tidak akan melupakan kenangan yang saya lalui.


Sebab Covid, kami beralih kepada pembelajaran dalam talian sejak Tahun 3. Pembelajaran dalam talian tidak sama dengan pembelajaran di sekolah. Walaupun ia selesa, tetapi ia tidak rasa sama.

Ada juga kenangan pahit akibat tekanan dari beberapa modul sukar yang saya ambil. Tetapi saya masih menikmati proses pembelajaran itu.

Secara keseluruhan, saya benar-benar menikmati pendidikan saya di NUS, ilmu yang saya peroleh, dan rakan-rakan yang saya dapat. Sekarang, saya menantikan bab seterusnya dalam hidup saya.

Menjaga alam sekitar

Pencemaran adalah punca penyakit dan kematian pramatang alam sekitar terbesar di dunia, menyumbang tiga kali lebih banyak kematian pada 2015 berbanding gabungan AIDS, batuk kering dan malaria, menurut satu kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet.

Orang ramai di seluruh dunia menyaksikan bagaimana perubahan iklim boleh menyebabkan kerosakan kepada dunia. Kita semakin melihat kebakaran hutan yang lebih hebat, taufan dan bencana alam yang lain. Walaupun kita berada dalam pandemik, perubahan iklim kekal sebagai ancaman terbesar kepada kesihatan manusia

Adalah penting bagi kita untuk melindungi alam sekitar kita dan memastikan generasi akan datang tidak perlu mengalami kesan perubahan iklim.

Perubahan yang paling saya rasai

Perubahan yang paling saya rasai datang pada masa Mac 2020.

Dalam tempoh itu, kes positif Covid mulai meningkat. Terdapat ramai raktat yang bimbang dan takut

Pemerintah mengumumkan langkah lebih tegas pada 3 April sebagai “Pemutus Litar” untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 setempat

Semua tempat kerja akan ditutup, kecuali khidmat penting, Contohnya, pasar, pasar raya, hospital pengangkutan dan khidmat bank penting kekal dibuka. Tempat makan kekal dibuka,tetapi hanya boleh membawa pulang makanan. Sekolah beralih kepada pembelajaran di rumah dan sesetengah peperiksaan telah dibatalkan.

Sebabkan Covid, kita mesti menjaga kesihatan diri. Kita perlu ingat cuci tangan dengan kerap dan gunakan cecair sanitasi. Jika kelar, kita perlu pakai pelitup, jangan sentuh sesuatu mungkin kotor dan dan jaga jarak selamat. Bagi orang yang selalu gunakan telefon bimbit atau komputer, mereka perlu kerap membersihkannya.

Covid telah mengubah cara hidup kita secara perubahan yang paling, tetapi selagi kita mengambil langkah berjaga-jaga keselamatan yang sewajarnya, kita masih boleh mengatasi wabak ini

Satu cerita yang meninggalkan kesan

Saya mendengar cerita ini semasa saya masih muda dan meninggalkan kesan kepada saya.

Cerita ini mengajar kita peribahasa cina “守株待兔” Makna ia seperti “tunggu arnab”.


Suata masa dahulu, ada seorang petani sedang bekerja di ladangya. Setelah seharian bekerja, dia memutuskan berehat di bawah sebatang pokok besar. Tiba-tiba, seekor arnab berlari sangat cepat dan mengetuk pokok. Kesannya sungguh besar sehingga arnab itu mati.

Petani dengan cepat pergi untuk mengambil arnab. Dia berkata “ Amboi! Saya sangat bertuah! Saya tidak perlu bekerja untuk mendapatkan arnab ini. Saya tidak bersabar untuk pulang dan memasak makanan yang enak!

Semasa dia berjalan pulang, dia berfikir sendiri “ Saya ada nasib baik, mungkin arnab lain akan datang esok. Saya tidak boleh melepaskan peluang ini!”
Pada hari kedua, petani datang ke ladang, tetapi dia sama sekali tidak bekerja. Dia hanya duduk di bawa pokok sepanjang hari , menunggu arnab. Akibatnya, dia menunggu sehari dan tidak ada yang datang.
Dia tidak puas hati. Sejak itu, dia setiap hari duduk di bawa pokok besar dan menunggu arnab datang dan mengetuk pokok.

Dia menunggu sehingga rumput liar di tanah tumbuh lebih tinggi daripada tanaman tetapi dia bahkan tidak melihat bayang arnab.
Peribahasa cina “tunggu arnab” berasal kisah ini. Orang menggunakannya sebagai metafora untuk mentaliti kebetulan kerana tidak mahu bekerja keras , tetapi mengharapkan kejayaan

Peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga dan genggam bara api biar sempai jadi arang

Ini adalah cerita tentang Syabil.
Syabil seorang perempuan berumur 45 tahun yang membesar di rumah sewa.
Dia tercicir dari sekolah semasa kecil dan tidak mempunyai kelulusan yang paling rendah pun, seperti psle. Ini kerana ibu bapanya mereka bercerai dan mengalami keadaan kewangan yang buruk. Ibu bayanya juga kekurangan pengetahuan. Bapanya tidak membenarkannya belajar walaupun nenekya inginya membayarnya kerana dia bersikap egois. Situasi ini seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Semasa dia membesarkan, Syabil selalu ingin miliki rumah beli sendiri.

Setelah dia berkahwin, akhirnya dia mendapat rumahnya sendiri! Namun, dia juga becerai tidak lama kemudian. Sebab tidak setuju dengan bekas suaminya, dia juga terpaksa pinda ke rumah sewa dan harus menjaga empat anak sendirian
Malangnya, seorang anaknya cacak. Sangat sukar baginya untuk bekerja dan merawat anak pada masa yang sama.

Namun, dia tidak berputus asa dan terus bekerja keras.Usahanya dan semangat diaktiraf oleh pengurusnya dan dia akhirnya dinaikkan pangkat menjadi penolong pengurus. Bersama dengan bantuan pemerintah, dia akhirnya dapat berpindah ke sebuah rumah 4 bilik selepas 6 tahun. Anak-anaknya sangat gembira kerana mempunyai bilik sendiri. Seperti peribahasa “Genggam bara api biar sempai jadi arang”, kita juga tidak boleh berputus asa dan harus berusaha dengan sabar. Satu hari, kita akan mendapat pencapaian kita.

Biodata diri saya

Nama saya Jay. Saya seorang mahasiswa tahun akhir dari Universiti Nasional Singapura. Saya utama Ekonomik kerana saya meikmati cara berfikir ahli ekonomi.

Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh dunia tahun lalu.Pandemik itu juga menjejaskan kehidupan saya.Contohnya, pertukaran pelajar saya ke Cina,Jerman dan Amerika semua dibatalkan. Kejadian paling menyedihkan yang mempengaruhi keluarga saya adalah kematian datuk kami.

Tahun ini,saya harap mencapai cara kehidupan yang sihat dan aktif.Saya juga berharap keluarga dan kawan-kawan saya boleh dapat bahagia dan sihat. Kesihatan adalah kekayaaan.Badan sihat,otak cerdas.

Terakhir, sebab saya berada di tahun akhir,saya akan memohon ijazah sarjana di Amerika Syarikat atau London.Saya harap berjaya dalam permohonan saya.

Insiden yang tidak boleh dilupakan

Hari ini, saya akan berkongsi tentang insiden yang tidak boleh dilupakan. Tetapi, insiden ini tidak berlaku sekali sahaja….

Insiden ini adalah bagaimana saya gunakan bahasa melayu di kerja!

Saya bekerja sebagai pembantu penyelidik sejak awal tahun ini.

Tugas saya melibatkan melakukan interbiu dengan orang-orang di perhentian bas mengenai pengalaman mereka di dalam bas. Selalunya, saya menggunakan bahasa inggeris dan mandarin untuk melakukan interbiu. Kadang-kadang, saya akan berjumpa pakcik dan macik yang tidak dapat berbahasa inggeris dengan baik. Sebab itu, saya akan melakukan interbiu dengan mereka menggunakan bahasa Melayu!

Walaupun terjemahannya tidak sempurna, saya rasa gembira kerana kebanyakan orang dapat memahami apa yang ingin tanyakan.
Anda boleh melihat soalan di gambar bawah.

Selepas mereka turun dari bas, saya akan menghampiri mereka.

Helo! Nama saya Jay, saya dari NUS. Boleh saya bertanya beberapa soalan? Satu mini je! Sangat cepat.
1. Anda rasa puas hati dengan bising-bising di dalam bas?
2. Anda rasa puas hati dengan bau bas?
3. Anda rasa puas hati dengan perjalanan bas tadi? Macam adakah banyak bumps atau tidak?
4. Anda rasa puas hati dengan kelajuan bas tadi? Macam rasa bas terlalu laju, atau terlalu perlahan, atau kelajuan baik?
5. Anda fikir bas tadi baru,atau lama atau biasa?
6. Anda rasa bas pakai minyak,atau eletrik atau campur? (saya rasa gunakan perkataan ‚campur‘ tidak betul tapi saya guna je…
7. Anda ingat bas tadi dek satu atau dek dua?
8. Anda fikir MRT pakai minyak,atau eletrik atau campur?
9. Anda tinggal di HDB , atau condo, atau landed?
Kalau jawab HDB, saya akan bertanya berapa bilik?
10. Anda berapa umur? Agak-agak boleh.
11. Apakah pendidikan tertinggi anda?
12. Anda membesar di Singapura?
Kalau tidak, saya akan bertanya berapa tahun anda datang di Sinapura

Saya bernasib baik saya belajar bahasa melayu di universiti dan berpeluang menggunkannya untuk bekerja. Saya tidak dapat melupakan hari yang makcik memuji bahawa bahasa melayu saya baik!

Pada masa hadapan, saya ingin bercakap lebih banyak bahasa melayu dengan orang melayu!
Apabila mungkin, saya juga ingin pergi ke Malaysia den berbahasa melayu dengan penduduk tempatan.

PS: Jiwa ada soalan diterjemahkan salah, cikgu sila membantu saya.. hahaha

Sesuatu yang saya pelajari di Universiti

Helo semua orang! Hari ini saya akan berkongsi tentang sesuatu yang saya pelajari di Universiti. Saya berasa perjalanan pendidikan di Universiti sangat berbeza dengan Kolej Junior. Di universi kami mesti lebih berdikari dan juga bekerja dengan orang lain. Itulah sebabnya, saya pelajari mempunyai sekumpulan rakan baik adalah sangat penting.

Pertama,kadang-kadang kami mungkin tidak boleh fokus sambil belajari sendiri, belajar dengan kawan-kawan boleh membantu kami belajar deng dan selesaikan tugasan kami. Jika ada konsep susah atau kerja rumah sukar, kita pun boleh membincangkan dan tolong menolong antara satu sama lain.
Kedua, rakan adalah sokongan emosi yang baik. Semasa kita berasa sedih atau tekanan, kita boleh bertemu dan berbual-bual dengan kawan-kawan dan menjadi lebih gembira. Sebagai contoh, awak boleh berbual dengan kawan-kawan kalau anda tidak dapat gred yang baik atau anda patah hati kerana kekasih meninggalkannya.(Rakan anda juga dapat menolong anda sekiranya jatuh hati dan memerlukan nasihat…)

Akhir sekali, University adalah peluang terakhir untuk menikmati sebelum kita pergi bekerja dalam masyarakat. Kita mesti menggunakan masa untuk bersenang-senang dengan rakan-rakan kita!

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan rakannya yang telah menyokong perjalanan saya di NUS selama ini

Tahun 1 Semester 1

Tahun 1 Semester 2

Tahun 2 Semester 1

Tahun 2 Semester 2

Tahun 3 Semester 1

Tahun 3 Semester 2

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina ini memang berbeza dari Tahun Baru Cina pada masa lalu. Sebab situasi Covid 19, setiap rumah dibenarkan mempunyai dua kumpulan pelawat, dan setiap kumpulan hanya dibenarkan lapan pelawat. Oleh sebab itu, ramai keluarga yang besar tidak dapat berkumpul pada hari yang sama. Malangnya, keluarga saya juga tidak ada perjumpaan yang besar pada tahun ini.

Datuk saya meninggal dunia tahun lalu. Dalam tradisi Cina, jika ada orang keluarga yang meninggal dunia, kami tidak patut memakai baju merah untuk ‘ong’ semasa Tahun Baru Cina .Ini untuk meratapi kematian mereka.

Oleh itu, keluarga saya tidak memakai pakaian berwarna merah tahun ini dan tidak mengambil gambar. Walaubagaimanapun, saya mahu menunjukkan kepada anda apa yang kami selalu pakai semasa Tahun Baru Cina. Gambar ini dari tahun lalu!

Tahun Baru Cina(Tahun Lalu)

Namun, Tahun Baru Cina sangat menyenangkan kerana saya dapat bertemu dengan beberapa saudara-mara dan menikmati makanan yang sangat lazat!
Kami selalunya makan besar satu hari sebelum malam Tahun Baru Cina.

Makan Besar

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, kami melawat rumah nenek saya dan kami makan tengah hari yang sungguh sedap. Saya berseronok bertemu dengan saudara-mara

Makan Tengah Hari

Untuk makan malam, saya melawat ibu saudara saya. Dia seorang tukang masak yang hebat dan saya sangat rindu memasaknya!

Makan Malam

Untuk menyambut Tahun Baru Cina, ibu saudara menghiasi lobi lif rumahnya. Seperti Encik Hamzah Osman, dia berasa bahawa lobi lif adalah ruang sosial yang penting – ia merupakan tempat mereka sering berjumpa dengan jiran-jiran

Lobi Lif


Lobi Lif

Satu bahagian terbaik dari Tahun Baru Cina adalah makanan ringan! Ini adalah makanan ringan dalam rumah saya

Durian Puffs (buatan rumah) sedap sekali!!

Pencuci mulut yang dimasak oleh ibu saya

ini makanan yang kegemaran saya – Daging Sering ( Bak Kwa )
Rasanya ini manis dan berasap

Daging Sering

Sebelum Tahun Baru Cina, saya dan rakan-rakan selalu akan bertemu untuk meraikan Tahun Baru Cina lebih awal. Kami disertai oleh rakan-rakan orang melayu serta india dan bersenang-senang bermain poker.

Bersenang-senang dengan bermain poker dengan kawan-kawan

Saya pun bermain kad dengan rakan-rakan saya pada malam pertama Tahun Baru Cina.
Ini bukan permainan poker tetapi permainan Tahun Baru Cina

Saya rasa gembira

Ini adalah gambar yang diambil oleh bapa saudara saya dan hantarkan dalam whatsapp, wang begitu banyak!!
Terima kasih kerana membaca blog saya. Saya berharap bahawa semua orang tetap selamat dan sihat serta mempunyai wang banyak pada tahun 2021!

Huat ah!

Wang banyak!

Kawan saya akan datang ke Singapura!

Selamat datang ke Singapura! Saya rasa sangat gembira awak boleh datang ke negara saya dan meneroka! Untuk memastikan anda menikmati penginapan anda di sini, saya sudah cadangkan tiga tempat yang mesti anda melawati di Singapura.

Pertama- Marina Bay Sands

Marina Bay Sands memberikan suatu panaroma yang sangat indah, terutamanya pada waktu malam kerana awak boleh menyaksikan pertunjukkan cahaya laser pada waktu malam.
Di Marina Bay Sands pun ada Skypark. Dari Skypark, anda boleh melihat jambatan inovatif Double Helix, Taman di Persisiran dan latar langit yang begitu mengagumkan sekali!

Marina Bay Sands ini dibangunkan oleh Las Vegas Sands dengan kos yang termahal di dunia, iaitu S$8 bilion . Keindahan Marina Bay Sands melambangkan contoh cita rasa Singapura, dan membantu dalam menjadikan ia sebagai salah sebuah bandar antarabangsa di Asia Tenggara.

Kedua, awak boleh pergi ke Clarke Quay, suatu tempat yang menarik. Clarke Quay sangat sibuk dengan orang tempatan dan orang asing. Selepas membeli-belah, awak boleh menghala Clarke Quay untuk makan malan di tepi Singapore River. Kalau awak mahu bersantai, Clarke Quay mempunyai banyak bar dengan muzik hebat di mana anda boleh berminum keras.

Akhir sekali, kalua awak gemar makan makanan yang berpatutan dan lazat, anda pasti pergi ke Pusat Makanan Newton. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang halal. Pernakah awak menonton filem “Crazy Rich Asian”? Dalam filem itu, pasangan utama datang ke sini untuk makan! Mereka berkata sate yang dijual ini dijuluki sebagai yang terbaik di Singapura!

Selain sate, terdapat banyak masakan tempatan yang boleh awak cuba dan pasti awak gemari!

Saya tidak bersabar untuk berjumpa awak di Singapura! Kami akan mengambil banyak gambar dan makan minum sambal meneroka Singapura!

Older posts

© 2024 LAM 2201

Theme by Anders NorenUp ↑

Skip to toolbar