LAM 2201

Just another Blog.nus site

Hari Yang Sangat Istimewa

Saya harap semua orang sihat. Hari ini,saya akan berkongsi tentang hari yang sangat istimewa kepada saya. Hari yang istimewa jatuh pada 12 Mac 2020 kerana ia merupakan suatu hari yang saya menerima tawaran daripada Mastercard Malaysia untuk menyertai program latihan amali mereka.

Surut Tawaran

Proses permohonan bermula kira-kira dua bulan yang lalu, pada akhir Januari 2020. Saya belajar tentang Program Latihan Amali Luar Negara Mastercard daripada NUS. Program ini hanya ada lapan kedudukan untuk murid-murid yang berada di dalam Asia Tenggara – masing-masing dua kedudukan di Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh dan Kuala Lumpur.

Program Latihan Amali Luar Negara Mastercard

Setelah saya mengetahui bahawa ada peluang untuk latihan amali di Malaysia, saya memilih Kuala Lumpur, Malaysia sebagai pilihan pertama. Ini kerana saya mahu mempraktikkan Bahasa Melayu saya bercakap dengan penduduk tempatan di Malaysia sambil mengalami budaya di Malaysia. Saya juga sangat teruja untuk mencuba semua masakan Malaysia yang sangat lazat! Oleh itu, apabila saya diberitahu bahawa saya telah ditawarkan tempat dalam program latihan amali Mastercard, saya sangat bersyukur. Saya boleh mendapat pengalaman yang unik di Kuala Lumpur selama tiga bulan dan meneroka negara ini. Saya berasa amat teruja sehingga saya tidak dapat tidur malam itu.

Malangya, semua rancangan saya tidak berlaku kerana situasi COVID dan semua pelajar tidak diberikan kebenaran untuk melancong di luar negeri. Pada akhirnya, program latihan amali menjadi program maya.

MOE

Namun, saya tetap bersyukur masih diberikan peluang untuk latihan amali di Mastercard Malaysia kerana kedudukan sangat kompetitif. Semasa program latihan amali ini, saya telah banyak belajar mengenai Mastercard dan ekonomi di Malaysia.
Saya berharap bahawa pada masa hadapan saya dapat melancong ke Kuala Lumpur untuk bertemu pengurus saya dan mempraktikkan Bahasa Melayu dengan penduduk tempatan.

Bekerja di Rumah

Pada Hari Terakhir

4 Comments

  1. Sungguh bertuah! Anda bernasib baik. Saya pun sangat teruja dengan berita ini. Walaupun tidak boleh pergi ke KL kerana Covid, saya harap awak akan pergi juga nanti pada masa akan datang. Saya berharap juga bahasa Melayu anda semakin baik…terima kasih Jay kerana berkongsi peristiwa yang sangat istimewa ini.

  2. Bolehkan awak mendapat kerja dengan mastercard selepas lulus daripada NUS?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

© 2024 LAM 2201

Theme by Anders NorenUp ↑

Skip to toolbar