LAM 2201

Just another Blog.nus site

Kenangan Manis

Sekelip mata, 4 tahun telah berlalu begitu sahaja. Banyak kenangan yang telah saya cipta di NUS. Ada yang manis, ada yang pahit, tetapi semuanya menyeronokkan dan saya tidak mahu mengubahnya.
Kenangan termanis yang saya buat di NUS ialah kenangan bersama rakan-rakan universiti saya.

Pada tahun satu dan dua, saya menyertai Persatuan Ekonomi NUS dan merancang pelbagai acara untuk pelajar Ekonomi. Seronok dapat berinteraksi dengan pelajar di kampus dan menganjurkan acara ini bersama rakan-rakan saya.

Semasa cuti, saya berpeluang melancong ke Filipina untuk program sukarelawan di luar negara. Ia membuka mata saya kepada dunia.

Pada cuti yang sama, saya mengambil bahagian dalam beberapa kem orientasi untuk mengalu-alukan pelajar baharu yang akan menyertai NUS. Orientasinya juga sangat menarik dan saya tidak akan melupakan kenangan yang saya lalui.


Sebab Covid, kami beralih kepada pembelajaran dalam talian sejak Tahun 3. Pembelajaran dalam talian tidak sama dengan pembelajaran di sekolah. Walaupun ia selesa, tetapi ia tidak rasa sama.

Ada juga kenangan pahit akibat tekanan dari beberapa modul sukar yang saya ambil. Tetapi saya masih menikmati proses pembelajaran itu.

Secara keseluruhan, saya benar-benar menikmati pendidikan saya di NUS, ilmu yang saya peroleh, dan rakan-rakan yang saya dapat. Sekarang, saya menantikan bab seterusnya dalam hidup saya.

1 Comment

  1. Sungguh ceria! semoga anda mendapat kebaikan dalam semua pengalaman sebagai pelajar di NUS. Menjadi ‘manusia’ yang baik dan berjasa!
    Syabas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

© 2024 LAM 2201

Theme by Anders NorenUp ↑

Skip to toolbar