Hari ini, saya akan berkongsi tentang insiden yang tidak boleh dilupakan. Tetapi, insiden ini tidak berlaku sekali sahaja….
Insiden ini adalah bagaimana saya gunakan bahasa melayu di kerja!
Saya bekerja sebagai pembantu penyelidik sejak awal tahun ini.
Tugas saya melibatkan melakukan interbiu dengan orang-orang di perhentian bas mengenai pengalaman mereka di dalam bas. Selalunya, saya menggunakan bahasa inggeris dan mandarin untuk melakukan interbiu. Kadang-kadang, saya akan berjumpa pakcik dan macik yang tidak dapat berbahasa inggeris dengan baik. Sebab itu, saya akan melakukan interbiu dengan mereka menggunakan bahasa Melayu!
Walaupun terjemahannya tidak sempurna, saya rasa gembira kerana kebanyakan orang dapat memahami apa yang ingin tanyakan.
Anda boleh melihat soalan di gambar bawah.
Selepas mereka turun dari bas, saya akan menghampiri mereka.
“
Helo! Nama saya Jay, saya dari NUS. Boleh saya bertanya beberapa soalan? Satu mini je! Sangat cepat.
1. Anda rasa puas hati dengan bising-bising di dalam bas?
2. Anda rasa puas hati dengan bau bas?
3. Anda rasa puas hati dengan perjalanan bas tadi? Macam adakah banyak bumps atau tidak?
4. Anda rasa puas hati dengan kelajuan bas tadi? Macam rasa bas terlalu laju, atau terlalu perlahan, atau kelajuan baik?
5. Anda fikir bas tadi baru,atau lama atau biasa?
6. Anda rasa bas pakai minyak,atau eletrik atau campur? (saya rasa gunakan perkataan ‚campur‘ tidak betul tapi saya guna je…
7. Anda ingat bas tadi dek satu atau dek dua?
8. Anda fikir MRT pakai minyak,atau eletrik atau campur?
9. Anda tinggal di HDB , atau condo, atau landed?
Kalau jawab HDB, saya akan bertanya berapa bilik?
10. Anda berapa umur? Agak-agak boleh.
11. Apakah pendidikan tertinggi anda?
12. Anda membesar di Singapura?
Kalau tidak, saya akan bertanya berapa tahun anda datang di Sinapura
Saya bernasib baik saya belajar bahasa melayu di universiti dan berpeluang menggunkannya untuk bekerja. Saya tidak dapat melupakan hari yang makcik memuji bahawa bahasa melayu saya baik!
Pada masa hadapan, saya ingin bercakap lebih banyak bahasa melayu dengan orang melayu!
Apabila mungkin, saya juga ingin pergi ke Malaysia den berbahasa melayu dengan penduduk tempatan.
PS: Jiwa ada soalan diterjemahkan salah, cikgu sila membantu saya.. hahaha
April 8, 2021 at 3:20 am
Sangat-sangat gembira anda boleh berbahasa Melayu dengan mak cik dan pak cik Melayu. Itu tujuan belajar bahasa untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan selagi anda terus gunakan, bahasa anda akan terus baik. Saya cuba baiki tetapi semua soalan agak baik.
Satu [perbualan] mini je! Sangat cepat.
1. Anda rasa puas hati dengan [bunyi-bunyi/bising-bising] di dalam bas?
bumps [melambung-lambung tak mak cik duduk dalam bas:)]
6. Anda rasa bas pakai minyak,atau eletrik atau campur? (saya rasa gunakan perkataan ‚campur‘ tidak betul tapi saya guna je…[campur ok tapi mereka faham atau tidak?]
7. Anda ingat bas tadi dek satu atau dek dua? [bertingkat?]
10. Anda berapa umur? Agak-agak boleh [lebih kurang sahaja berapa umur cik?]
Terjemahan semuanya sangat baik untuk perbualan.
Semester lalu anda menolong temubual dengan Amy. Semester ini dengan survey ini.
Pujian daripada mak cik hadiah yang bermakna untuk anda, Jay! syabas!
Terus gunakan bahasa pada masa depan.
August 16, 2021 at 3:06 pm
your bahasa melayu is so good jay ! as a malay malaysian, im proud of you ! btw jay, it is not ‘interbiu’, interview in bahasa melayu is ‘temu ramah’.