LAM 2201

Just another Blog.nus site

Aktiviti bersama keluarga

Selamat datang kembali ke blog saya! Saya sedang mengambil modul Bahasa Melayu Tiga. Sebagai sebahagian daripada tugas saya, saya ingin berkongsi mengenai aktiviti yang keluarga saya dan saya suka melakukan semasa Pemutus Rantaian.

Semasa Pemutus Rantaian, kami menikmati banyak masa lapang. Masa ini menjadi peluang berehat daripada jadual kami yang penuh.. Ini juga merupakan peluang terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga saya.

Aktiviti kegemaran yang keluarga saya suka bermain adalah Mahjong. Mahjong adalah permainan tradisional Cina yang melibatkan satu set kombinasi untuk memenangi permainan tersebut. Suasana amat menyeronokkan apabila keluarga berkumpul-kumpul dan berbual-bual sambil menikmati permainan Mahjong.

Bermain Mahjong dengan Encik Seow

Selapas permainan Mahjong, saya akan memasak makanan malam untuk keluarga. Saya memasakkan ketam kerana keluarga saya gemar makan ketam! Saya membuat keputusan untuk memasak ketam di rumah dan bukan membeli di luar kerana saya fikir ia akan lebih murah. Sebelum memasak ,saya membeli ketam ini dengan harga tiga puluh sembilan dolar sekilo. Pada mulanya, ibu saya berbangga kerana ketamnya sedap. Namun, walaupun sedap, dia memarahi saya setelah dia diberitahu harganya. Dia memberitahu saya bahawa ketam yang dimasak di kedai makanan pun sama harga juga! Lebih baik kami membeli ketam yang sudah dimasak!

Walaupun begitu, berikut adalah gambar ketam!

Ketam lada hitam

ketam cili(kering)

ketam cili

makanan yang berbeza yang saya masak

2 Comments

  1. Kelihatan makanan yang dimasak oleh Jay sedap sekali! Boleh membuka restoran makanan laut sendiri!

  2. Beruntung keluarga anda sebab anda pandai masak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

© 2024 LAM 2201

Theme by Anders NorenUp ↑

Skip to toolbar